Sekilas pandang

Salam Semua,
Blog ini dibangunkan untuk tugasan IT Kursus Bridging Tahap 1 Sesi 2. Moga boleh juga di manfaatkan kepada pembaca dan pengunjung blog saya. 
Marlia bte Mohd Noh
Pembantu Makmal 
Fakulti Alam Bina
UTM

Hubungi saya:
marlia@utm.my
07-5537456/ext 37456/ 013-7517552 _____________________________________________________
Tugasan
1. Laporan lawatan skandar Malaysia Information Centre - blog
2. Teknologi Cloud Computing - blog
3. Etika Profesional di Alam Maya - Slide, dihantar dalam dropbox

Projek
- Hasilkan satu blog profesional untuk perkara-perkara berikut:

1. Laporan Lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre, Danga Bay, Johor Bahru
2. Teknologi Cloud Computing
3. Link kepada slide tentang Etika Profesional di Alam Maya dari Dropbox.
4. Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran yang terlibat dalam program bagi siri kali ini.

Blog anda mestilah mengandungi perkara berikut:
1. Maklumat anda - nama penuh dan organisasi
2. Gambar-gambar dan video berkaitan
3. Link kepada - UTM, Fakulti, Makmal anda, halaman web saya http://gmm.cs.utm.my/~shah
dan pensyarah lain.
4. Link kepada mana-mana website berkaitan di UTM dan juga dari luar
______________________________________________________

Etika Profesional di Alam Maya

Dunia semakin maju. Teknologi juga semakin berkembang. Namun kita pula perlu lebih beretika semasa mengunakan kemudahan IT. Semoga slide saya ini boleh dijadikan panduan dan garis panduan ye.
' Ilmu yang dikongsi adalah lebih bermanfaat dari ilmu yang diterima'
Sekian, terima kasih. 

Laporan ringkas lawatan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia

PENGENALAN


Sebuah lawatan ke Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) telah dijalankan pada hari Rabu (30 Januari 2013) jam 2.30 petang. Seramai 30 orang peserta telah menyertai lawatan ini. Objektif lawatan ini ialah untuk:

  • Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan Iskandar Malaysia yang terdapat dalam IMIC
  • Fahamkan teknologi - teknologi yang digunakan dalam IMIC untuk menerangkan tentang maklumat yang ada di Iskandar Malaysia. Ambil gambar yang berkaitan.
  • Cadangkan bagaimana maklumat tentang UTM boleh dimasukkan dengan lebih berkesan di dalam IMIC.
  • Terangkan apa yang anda pelajari daripada lawatan ini.

Rombongan lawatan telah tiba di Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) pada pukul 3.00 petang. Kami telah disambut oleh pegawai IRDA berkenaan. Kami dijemput masuk ke bilik seminar untuk mendapatkan maklumat ringkas mengenai Iskandar Malaysia dan IMIC. Sesi pembentangan oleh Encik Yusri selaku wakil dari IRDA telah dimulakan dengan bacaan doa. Beliau mempersembahkan slaid yang menarik berkaitan Iskandar Malaysia. Beliau juga memberikan taklimat ringkas berkaitan slaid tersebut. Di akhir sesi taklimat, beliau telah menjemput peserta lawatan untuk sesi soal jawap. 


Sesi mendengar taklimat


En Yusri selaku Pegawai Perhubungan Awam IRDA

Selepas sesi taklimat, peserta diiringi oleh wakil IRDA untuk sesi lawatan di sekitar IMIC. Wakil IRDA telah menerangkan teknologi-teknologi yang ada di IMIC. Teknologi yang serba canggih ini disediakan untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat tentang Wilayah Iskandar Malaysia. Selepas sesi lawatan, sebuah jamuan ringkas telah disediakan oleh pihak IMIC. Rombongan telah bertolak pulang ke UTM pada pukul 5.00 petang. 


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

PUSAT INFORMASI ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)

Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC)

Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay

Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) terletak di Bay Leaf A, Pusat Konvensyen Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru.

Peta Lokasi IMIC

Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Februari 2012.  

Majlis Perasmian oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim

IMIC berkeluasan 19,057 kaki persegi dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk maklumat  dan UniFi. IMIC dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Ianya ditutup setiap hari Isnin dan Cuti Am.

Peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di ISKANDAR MALAYSIA. 

IMIC yang menelan belanja lebih kurang RM5million, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Melabur (Invest), Bekerja (Work), Bermastautin (Live) and Beriadah (Play).

Pelan Susunatur IMIC

Seksyen Melabur (Invest)

Di seksyen ini, pengunjung dapat berinteraksi secara kanta sentuh (touchscreen) untuk mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang yang ditawarkan di Iskandar Malaysia. Di ruang ini tersedia peta kawasan Iskandar Malaysia dan 5 zon ekonomi Utama. Pengunjung hanya perlu menyentuh zon tertentu dan maklumat berkaitan zon tersebut akan dilayarkan ke skrin utama.

Sesi penerangan oleh wakil IMIC

Maklumat tentang Pasir Gudang

Paparan mengenai zon dipaparkan ke skrin


Seksyen Bekerja (Work)

Seksyen ini memberikan informasi tentang peluang pekerjaan di 9 sektor utama Iskandar Malaysia iaitu:
1. Kreatif
2. Pendidikan
3. Elektrik & Elektronik
4. Perkhidmatan Kewangan
5. Pemprosesan Makanan & Pertanian
6. Kesihatan
7. Logistik
8. Petrochem dam olechem
9. Pelancongan

Kiosk di seksyen Bekerja (Work)
Skrin yang mengandungi maklumat mengenai 9 sektor di Iskandar Malaysia

Seksyen Bermastautin (Live)

Seksyen ini memaparkan maklumat mengenai peluang-peluang perumahan, pusat pengajian dan pusat riadah yang terdapat di Iskandar Malaysia. Pengunjung akan dapat melihat paparan yang menarik menerusi skrin layar.

Paparan mengenai kediaman, pusat kediaman dan pusat beli belah


Seksyen Riadah (Play)

Terdapat 5 jenis aktiviti yang terdapat di seksyen ini iaitu:
a) Golf Simulator
b) The Hell Ride
c)  Legoland Discovery Centre
d) The Boat Simulator

Selain dari mendapatkan maklumat, pengunjung juga boleh mendapatkan keseronokan bermain dengan permainan interaktif yang disediakan di sini.

Permainan Golf Simulator
Pengunjung akan dapat menikmati pemandangan di sekitar Iskandar menggunakan permainan The Heli-RIDE
Maklumat serta permainan yang interaktif berkaitan Legoland Malaysia
Pengunjung akan dapat menikmati suasana menaiki bot menyusuri tapak RAMSAR

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

ISKANDAR MALAYSIA




Pengenalan 


Koridor wilayah ekonomi merupakan inisiatif yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia agar pembangunan yang seimbang antara negeri dan wilayah dapat dicapai. Perancangan dan pembangunan wilayah ini adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9).
  1. Iskandar Malaysia - Johor
  2. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) – Perlis, Kedah, Pulau Pinang & utara Perak
  3. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) – Kelantan, Terengganu, Pahang & utara Mersing di Johor
  4. Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) – Sarawak
  5. Sabah Development Corridor (SDC) – Sabah
Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Koridor Iskandar Malaysia diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Namanya ditukar lagi menjadi Iskandar Malaysia pada 11 April 2008.

Iskandar Malaysia meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Bahru dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin). Penduduk Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1.35 juta (atau 43% daripada penduduk Johor yang berjumlah 3.17 juta pada 2005), dengan tenaga kerja membentuk kira-kira 66% daripada penduduk. Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 (20 tahun).  

Iskandar Malaysia adalah satu manifestasi perancangan untuk membangunkan metropolis dinamik dan bertaraf dunia di selatan Johor yang akan menjadi koridor pertumbuhan utama negara melalui pembangunannya di lokasi strategik di rantau ini, penduduk yang berdaya saing dan infrastruktur logistik yang mantap. Khazanah Nasional Berhad akan memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan itu.

Keistimewaan Iskandar Malaysia


Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju dan makmur. Keistimewaan Iskandar Malaysia ialah:

  • Hanya 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo.
  • Terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang.
  • Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut.
  • Dikelilingi 3 pelabuhan besar – Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Tanjung Langsat.

Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA)


Pejabat IRDA Danga Bay

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah ditubuhkan pada Februari 2007 di bawah Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007. Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan, IRDA memainkan peranan penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia


Objektif utama IRDA ialah untuk merealisasikan wawasan membangun Iskandar menjadi sebuah metropolis yang kuat dan mampan di kedudukan antarabangsa. Peranan IRDA ialah:
  • Wujud dasar-dasar, arahan-arahan dan strategi-strategi yang mempunyai kesan langsung pada aktiviti-aktiviti pembangunan dalam Iskandar
  • Prestasi aktiviti-aktiviti yang dijalankan selaras oleh entiti-entiti Kerajaan dalam Iskandar
  • Mempromosi, merangsang dan memudahkan projek pembangunan dalam Iskandar.
  • Bertindak sebagai "one-stop centre" untuk menghadapi pelabur-pelabur dan memberikan respons kepada keperluan para pelabur dalam satu keadaan yang baik dan pada masa yang tepat.

5 Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia



Seluruh kawasan Iskandar Malaysia dibahagikan kepada lima nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E. 

Lima Zon Ekonomi Iskandar Malaysia

a) Zon Ekonomi Utama A; Bandar Johor Bahru

Lokasi: Johor Bahru.

Mercu Tanda: Danga Bay, CIQ, Tambak, Pusat Bandar dan Istana Bukit Serene.


Aktiviti ekonomi: Perkhidmatan kewangan, perdagangan dan runcit, seni dan budaya, kemudahan hospital, pelancongan bandar, pembuatan plastik, elektrik dan elektronik dan pemprosesan makanan.

Mercu Tanda Zon Ekonomi A: Johor Bahru

b) Zon Ekonomi Utama B; Nusajaya

Lokasi: Nusajaya (terletak di sebelah barat Johor Bahru, berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Gelang Patah).

Mercu Tanda: Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC), Taman Perubatan, Bandaraya Pendidikan, Pelabuhan Puteri, dan Destinasi Peranginan Antarabangsa (Taman Tema).

 Aktiviti ekonomi: Pembangunan campuran hartanah, pentadbiran persekutuan dan negeri serta pergudangan. Selain itu, Zon Ekonomi Utama B menjadi pusat pembuatan berteknologi tinggi, bioteknologi, kreatif, perubatan, pendidikan dan pelancongan.

Mercu Tanda Zon Ekonomi B: Nusajaya


Pelan Bandar Medini, Nusajaya

Pinewood Iskandar






Legoland Malaysia di Nusajaya





Puteri Harbour Theme Park


Universiti yang akan dibina di Edu City Iskandar, Nusajaya.

c) Zon Ekonomi Utama C; Pintu Pembangunan Barat

Lokasi Terletak di kawasan barat daya wilayah Iskandar Malaysia

Mercu Utama: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), RAMSAR (Mukim Sungai Karang dan Hutan Simpan Kekal Sungai Pulai), Loji Jana kuasa Tanjung Bin, Jalan masuk kedua ke Singapura dan kawasan kediaman jumlah penduduk sederhana (dari PTP ke Ladang Lapang).

Aktiviti Ekonomi: Perkhidmatan pelabuhan dan marin, pergudangan, pusat logistik, kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi, produk-produk makanan, petrokimia, perdagangan entrepot, Ibu pejabat wilayah, pusat-pusat perolehan serantau dan utiliti-utiliti (kuasa)

Mercu tanda Zon Ekonomi Utama D: Pintu Pembangunan Barat

d) Zon Ekonomi Utama D; Pintu Pembangunan Timur

Lokasi: Pasir Gudang (terletak 30 km di timur Johor Bahru. Ia terletak di hujung barat kawasan metropolitan Johor Bahru).

Mercu Utama: Pelabuhan Pasir Gudang, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Langsat dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat. 

Aktiviti Ekonomi: Tertumpu kepada industri-industri berat dan logistik, termasuklah elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, industri berasaskan makanan dan kejuruteraan serta pelabuhan-pelabuhan dan logistik, pergudangan, industri penapisan minyak palma dan aktiviti-aktiviti hilir di dunia.



Mercu tanda Zon Ekonomi Utama D: Pintu Pembangunan Timur

e) Zon Ekonomi Utama E: Senai - Skudai

Lokasi: Pembangunan Senai-Skudai terletak di dalam wilayah utara Iskandar Malaysia.

Mercu Utama: Lapangan Terbang Senai dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Aktiviti Utama: Perkhidmatan lapangan terbang, kejuruteraan, elektrik dan elektronik (E&E) dan pendidikan. Pada masa hadapan, Zon Ekonomi Utama E akan juga akan menjadi pusat untuk agro dan pemprosesan makanan, ICT serta pelancongan jualan runcit.


Mercu Tanda Zon Ekonomi Utama E: Senai-Skudai

Ringkasan Lima Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia


9 Sektor Ekonomi Iskandar Malaysia

Terdapat 9 sektor industri utama yang terdapat di Iskandar Malaysia iaitu:

1. Kreatif
2. Pendidikan
3. Elektrik & Elektronik
4. Perkhidmatan Kewangan
5. Pemprosesan Makanan & Pertanian
6. Kesihatan
7. Logistik
8. Petrochem dam olechem
9. Pelancongan





9 sektor industri menjana ekonomi Iskandar

Aktiviti Ekonomi di 5 Zon Ekonomi Utama Iskandar Malaysia




Pembangunan di Iskandar Malaysia (2006-2012)

Sepanjang 7 tahun penubuhan Iskandar, terdapat beberapa perubahan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Negeri yang menerima impak terbesar ialah Johor.  Pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan naik taraf hidup penduduk di Johor menunjukkan bahawa Iskandar Malaysia telah mula memenuhi wawasannya untuk menjadi metropolis maju dan makmur. 

Semasa lawatan di Pusat Informasi Iskandar, En Yusri pegawai IRDA telah membentangkan beberapa slaid yang menunjukkan jumlah pelaburan yang telah diperolehi di Iskandar Malaysia dan pelabur-pelabur. Jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia bagi tahun berakhir November 2012 ialah 105.14 bilion.

Jumlah pelaburan terkini (2006-Nov 2012)

Jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia semakin meningkat dari tahun 2006 (RM11.30 billion) kepada RM105.14 bilion pada tahun 2012.

Jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia yang semakin meningkat
Daripada 104.15 bilion jumlah pelaburan yang diperolehi di Iskandar Malaysia, 64% (RM67.65 bilion)  adalah pelabur tempatan manakala 36% (RM37.45 bilion)adalah pelabur asing.

Jumlah pelaburan oleh pelabur tempatan adalah lebih tinggi berbanding pelabur luar

Pelabur dari Singapura melabur lebih tinggi iaitu RM 6.05 bilion berbanding pelabur luar lain. 

5 pelabur luar yang tertinggi di Iskandar Malaysia

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN DI IMIC


1) E-KIOSK


Kiosk adalah sebuah alat yang digunakan sebagai media untuk informasi, transaksi, promosi, internet, tiketing, juke box, dan lain sebagainya.

Kebanyakan maklumat berkaitan Iskandar Malaysia di IMIC menggunakan teknologi E-kiosk. Pengunjung hanya menyentuh dengan jari pada layar kiosk untuk melihat informasi yang disajikan. 

Berikut adalah gambar-gambar kiosk yang terdapat di IMIC.








2) SKRIN YANG BESAR DAN LEBAR

Maklumat dan gambar-gambar mengenai Iskandar Malaysia di tayangkan ke skrin yang besar dan lebar. Ia bertujuan agar pengunjung terpikat untuk melihat video terbabit.  

Berikut adalah gambar-gambar skrin yang terdapat di IMIC.






 3) LCD PROJEKTOR 3D

Sebuah bilik gelap yang menayangkan tayangan video dilengkap LCD Projektor dalam bentuk tiga dimensi (3D). Paparan ini dilakukan oleh teknologi lcd dalam bentuk 3 dimensi di mana LCD tersebut diletakkan kanta cekung dan dibalikan ke belakang yang menempatkan cermin di bahagian belakang kanta cekung tersebut. Hasilnya gambar yang dipancarkan akan berbentuk seperti sfera (bulat).






4) TEKNOLOGI PERGERAKAN BADAN (BODY MOTION)

Dengan menggunakan teknologi pergerakan badan, pengunjung boleh bermain permainan interaktif dengan pergerakan badan sahaja. Ini akan menambahkan lagi keseronokan semasa bermain permainan tersebut di samping menambahkan pengetahuan mereka berkaitan Iskandar Malaysia. Di antara permainan interaktif yang mengunakan teknologi pergerakan badan di IMIC ialah permainan bowling Nintendo Wii, facebook (HP Touch Smart Webcam), PADANKAN dan menaiki bot RAMSAR.






5)  APLIKASI GOOGLE EARTH

Aplikasi ini dibuat dalam gambaran pemetaan lahan bumi ataupun luar angkasa yang dikumpulkan dari pemetaan satelit, fotografi udara dan globe GIS 3D. Pengunjung akan dapat melihat lokasi atau tempat di Iskandar Malaysia amnya dalam bentuk 3D.








6) POSTER DAN PANEL YANG INTERAKTIF

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz poster yang terdapat di IMIC. Panel dan poster ini bertujuan untuk menarik minat pengunjung IMIC. 











~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


CADANGKAN BAGAIMANA MAKLUMAT TENTANG UTM BOLEH DIMASUKKAN DENGAN LEBIH BERKESAN DI IMIC 



1. Meletakkan brochure atau pamplet UTM di kaunter informasi IMIC

2. Mewujudkan sudut galeri yang memaparkan pameran interaktif dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan serta hasil komersialisasi dari Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan komersialisasi dari Pusat Komersialisasi dan Inovasi (ICC). Bahan pameran akan berubah setiap bulan.  

Contohnya Robotic UTM. Robotic UTM ini akan menarik pengunjung untuk berkunjung di IMIC terutama kanak-kanak. 

Ruang yang dicadangkan ialah di sebelah ruang pameran legoland di Seksyen Riadah.



3. Berkerjasama dengan IMIC agar diwujudkan satu atau lebih kiosk mengenai UTM.


4) Menayangkan video mengenai UTM di Skrin IMIC yang lebar dan besar khususnya video berkaitan program, aktiviti, pengiklanan dan mesej dari UTM.


5) Mewujudkan UTM Reading Station di IMIC. Ia mengandungi koleksi jurnal, buku ilmiah serta paparan maklumat mengenai IRDA dan Iskandar Malaysia. 

6) Menjual produk UTM seperti buku-buku Penerbit UTM dan  Produk Institut Pembangunan Bioproduk (IDB)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


TERANGKAN APA YANG ANDA PELAJARI DARIPADA LAWATAN INI


Terdapat sebuah pusat informasi Iskandar Malaysia yang terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay iaitu Pusat Informasi Iskandar Malaysia. Peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di ISKANDAR MALAYSIA. Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Iskandar Malaysia meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Bahru dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin). Tempoh pembangunan kawasan ini ialah selama 20 tahun. 

Saya berasa kagum dengan teknologi yang terdapat di IMIC. IMIC direkabentuk dengan teknologi moden yang interaktif agar dapat menarik pengunjung untuk datang dan mendapatkan maklumat mengenai Iskandar. Ia merupakan satu langkah promosi yang sangat berkesan oleh IRDA.  Saya juga mula faham apakah itu Iskandar Malaysia. Pembangunan yang telah dibawa oleh Iskandar Malaysia telah memberi impak yang besar kepada Johor. Contohnya semakin banyak tempat yang boleh dikunjung di Johor seperti Legoland, Hello Kitty Park dan lain lain. Selain itu, peluang pekerjaan juga bertambah.   Johor juga semakin dikenali di mata dunia dengan terbinanya universiti terkenal seperti New Castle University dan lokasi terkenal Pinewood Studio.   Alhamdulillah Johor semakin maju dan makmur. 

Berikut adalah video-video mengenai Iskandar Malaysia untuk tatapan. Sekian. 




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

SUMBER


  • http://www.iskandarmalaysia.com.my/press/sultan-johor-melancarkan-pusat-maklumat-iskandar-malaysia
  • http://www.bharian.com.my/articles/PusatMaklumatIskandarMalaysiadibuka/Article/·   

  • http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/2/29/southneast/10774930&sec=southneast 

  •  http://kperspectives.khazanah.com.my/Get_To_Know_Us-@-Iskandar_Malaysia.aspx?lang=ms-MY

  •  http://ms.wikipedia.org/wiki/Iskandar_Malaysia
  • http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/economicCorridor.faces