Laporan ringkas (Log) bagi kursus Bridging Tahap 1 Sesi 2

PENDAHULUAN

Peranan UTM dalam melahirkan modal insan memerlukan staf sokongan teknikal yang cekap, terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan membantu staf akademik. Pembantu Makmal terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di makmal-makmal khususnya berkaitan pengajaran, penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, keselamatan dan pentadbiran sesebuah makmal. Universiti memerlukan mereka yang berkaliber selaras dengan matlamat untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pembantu Makmal yang sedia ada perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan buku-buku ilmiah, membuat rujukan-rujukan teknikal dari semasa ke semasa serta menghadiri pelbagai kursus, bengkel dan seminar untuk melahirkan k-pekerja. 

Pembantu Makmal yang telah memberikan hasil kerja yang cemerlang seharusnya juga diberikan peningkatan dalam kerjaya mereka. Persaingan yang sihat dalam merebut peluang peningkatan kerjaya dapat meningkatkan lagi produktiviti serta meningkatkan kecemerlangan fakulti. Sehubungan dengan itu, sewajarnya disediakan silibus kursus serta peperiksaan khas untuk tujuan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) bagi Pembantu Makmal ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.

OBJEKTIF KURSUS


Objektif kursus ini ialah untuk :
  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains C27
  • Untuk menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan.
  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan secara lantikan (KPSL).   

TARIKH, MASA, TEMPAT DAN ANJURAN


Kursus Peralihan Pembantu Makmal atau Bridging adalah kursus persediaan bagi Pembantu Makmal sebelum memohon atau memegang jawatan Penolong Pegawai Sains. Kursus Peralihan Pembantu Makmal Tahap 1 Sesi 2 telah dijalankan pada: 

Tarikh    : 29 Januari 2013- 4 Mac 2013
Masa     : 8.30 pagi hingga 6.15 petang
Tempat  : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM
Anjuran : Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru. 

PESERTA


Kursus ini dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri dari pembantu makmal UTM. 

KANDUNGAN KURSUS


Kandungan kursus ini mengandungi 5 modul iaitu:

1) Biologi
2) Kimia
3) Fizik
4) Geologi
5) Teknologi Maklumat



Lima modul Kursus Bridging


Jadual Waktu Sesi 1 Tahap 2

1) BIOLOGI


Kod kursus         : B0002
Nama pensyarah: Dr Fazilah binti Abd Manan
                               Dr Alina binti Wagiran
Sinopsis: 

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan calon kepada pengetahuan biologi asas. Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetik perwarisan dan molekular, juga genetik populasi.

Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.


 
Nama Pensyarah : Dr Fazilah binti Abd Manan
Fakulti                : 
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)
Email                  : m-fazilah@utm.my
Telephone           : 075530068 ext 30068 / 019-7834032






 
Nama Pensyarah : Dr Alina binti Wagiran
Fakulti                :  
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)
Email                  : alina@utm.my
Telefon               : 075534498 ext 34498 / 019-7632512


   

2) KIMIA


Kod kursus         : C0002
Nama pensyarah: Prof Dr. Abd Rahim bin Yacob
Sinopsis:

Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganik, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organik. Asas kimia inorganik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri. Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kenetik gas, keadaaan cecair, keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keinsomeran. 
Selain itu, tajuk-tajuk Amalan Makmal Baik (GLP), Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Introduction to Material Safety Data Sheets (MSDS), Pengenalpastian Hazard, Kawalan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko (HIRARC), Prosedur Pengendalian Selamat (SOP) juga turut terkandung dalam modul kimia. 

Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.


 


Nama pensyarah : Prof. Dr Abdul Rahim Yacob
Fakulti               : Fakulti Sains (FS)
E-mail                : manrahim@kimia.fs.utm.my
Telefon              : 07-5534505 / 013-7428830





3) FIZIK


Kod kursus         : P0002
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Karim bin Deraman
Sinopsis

Kursus ini memperkenalkan konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI. Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas, kejituan, kepekaan, kepersisian, sisihan relatif dan ralat juga diperkenalkan. Di samping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair, gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga. 


Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.



Nama pensyarah: Prof Madya Dr Karim bin Deraman
Fakulti               : Fakulti Sains (FS)
Emel                  : karimd@utm.my
Telefon              : 075534091 ext 34091/ 019-9135283






4) GEOLOGI


Kod kursus         : E0002  
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Radzuan bin Junin  
Sinopsis

Kursus ini memperkenalkan konsep batuan, mineral dan fosil, pembentukan tiga jenis batuan utama iaitu batuan igneus, batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan, pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratan nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu.


Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.
 



Nama pensyarah: Prof Madya Dr Radzuan bin Junin
Fakulti               :  
Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan tenaga diperbaharui (FREE)
Emel                  : r-razuan@utm.my
Telefon              : 075535732 ext 35732/ 012-7191907





5) TEKNOLOGI MAKLUMAT


Kod kursus         : T0002  
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar  
Sinopsis :  

Kursus ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Office seperti words, excel dan powerpoint di samping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan. Melalui aplikasi Microsoft Office, penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen, menyimpan dokumen, setting halaman, pengendalian dan memformat teks dan perenggan, pengendalian grafik, merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slaid akan dibincangkan di dalam kursus ini. Selain daripada itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum, chat seperti skype dan yahoo messager, social networking seperti facebook dan twitter dan email seperti gmail dan hotmail juga akan diketengahkan melalui kursus ini. Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm dan trojan horse, salahlaku dan pengodaman rangkaian internet dan komputer. 

 Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.



 
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar
Fakulti               : Fakulti Komputeran
Emel                  : shahrizal@utm.my
Alamat web       : http: //gmm.cs.utm.my/~shah
Telefon              : 075532321 ext 32321/ 019-7588038