Teknologi Cloud Computing

PENGENALAN


  • Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?
  • Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan seperti gambaran di bawah?
  • Bagaimanakan komputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai pembantu makmal?

Gambaran pengkomputeran awan

Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan). Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses di mana anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. Proses pengkomputeran awan berlaku apabila anda memuat alih data-data milik anda laman web kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.

Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti 4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4share memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik, meyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan lain.

Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individu atau dalam bilangan pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan pengkomputeran awam sebagai tempat mem'backup' data-data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.


Aplikasi Pengkomputeran awan

PERBEZAAN KOMPUTERAN AWAN DAN TRADISIONAL HOSTING IALAH:

a) Kos
Pengkomputeran awan : 
Ia dijual mengikut permintaan. 

Tradisional hosting
Kos terlibat adalah tinggi kerana melibatkan pembelian perkakasan, perisian dan penyelenggaraan.
           
b) Kebolehcapaian

Pengkomputeran awan :  
Pengguna boleh membeli perkhidmatan pada bila bila masa

Tradisional hosting : 
Pengguna hanya boleh membuat capaian data pada waktu dan tempat tertentu sahaja contohnya hanya pada waktu pejabat dan di dalam pejabat sahaja. Selain itu, hanya PC atau server tertentu sahaja.
 
c) Pengurusan sistem

Pengkomputeran awan : 
Perkhidmatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pembekal vendor, pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja.

Tradisional hosting
Pengurusan sistem adalah bermula dari pembelian perkakasan, pembelian perisian, pengambilan pekerja, melatih pekerja untuk menjaga sistem dan lain-lain lagi. Oleh itu ia memerlukan masa yang lama.  


Perbandingan di antara pengkomputeran awan dan tradisional hosting


KATEGORI PENGKOMPUTERAN AWAN 


Pengkomputeran awan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

1) Infrastruktur sebagai sebuah Perkhidmatan (Iaas)

Iaas seperti Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API) untuk membolehkan capaian/konfigur virtual server dan storan masing-masing. Pada masa ini, syarikat hanya perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja.

2) Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (Paas)

Paas bermaksud sebagai satu set alat pembangunan perisian / produk yang dihoskan oleh mana mana pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian / aplikasi dilakukan di Internet. Contohnya ialah GoogleApps.

3) Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (Saas)

Pada peringkat ini,  pihak vendor akan membekalkan infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan berinteraksi dengan pengguna melalui Front End Portal. 
Pengguna bagi Saas adalah lebih ramai. Ini kerana pembekal bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada aplikasi dan data, maka pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana mana sahaja.  Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat banyak - Web based email, kawalan inventori, pemprosesan pangkalan data.


3 kategori pengkomputeran awan


JENIS-JENIS PENGKOMPUTERAN AWAN


Terdapat 3  jenis pengkomputeran awan iaitu awan persendirian (private) dan awan awam (public)

1) Awan Awam
Perkhidmatan ini dijual kepada sesiapa sahaja melalui internet. Pada masa ini, Amazon web services adalah pembekal awan terbesar di dunia.

2) Awan persendirian 
Perkhidmatan ini merupakan satu rangkaian data pusat yang membekalkan perkhidmatan kepada beberapa orang dalam kuantiti terhad.

3) Virtual Private Cloud 
Perkhidmatan ini kegunaan peribadi sahaja



CONTOH APLIKASI CLOUD COMPUTING


1) PIXLR



Alamat: www.pixlr.com 

Kegunaan Aplikasi suntingan imej

Kelebihan:  
Pengguna dapat menggunakan aplikasi ini secara optimum sepertimana aplikasi suntingan lain seperti Adobe Photoshop tanpa perlu memiliki sebuah komputer spesifikasi tinggi. 


2) GOOGLE APPS
 


Alamat: http://www.google.com

Kegunaan:  
Pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi termasuk pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) melalui Google Docs. Untuk menggunakan kemudahan Google Apps, pengguna perlu mempunyai akaun Google (Gmail).

Kelebihan
1) pengguna boleh menghasilkan dokumen-dokumen tersebut melalui Internet tanpa install perisian dalam komputer
2) Boleh dikongsi dengan pengguna lain melalui kaedah 'sharing'.


3) WINDOWS LIVE-SKYDRIVE


Alamat: http://www.skydrive.com. Aplikasi ini untuk pengguna hotmail. 

Kegunaan dan kelebihan
1)  Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu Sky Drive
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah sharing


4)  LIVE DOCUMENTS


Kegunaan:  
1) Kemudahan aplikasi Microsoft Office secara dalam talian
2) Ruang penyimpanan (cloud storage) yang agak besar di internet iaitu 100MB
3) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain melalui kaedah 4sharingBoleh import dokumen (Word, Excel, Powerpoint) dari komputer atau dari Google Docs


5) EVERNOTE


Kegunaan: Untuk nota atau catatan

Kelebihan
Ianya boleh diakses secara local (offline) atau secara online di mana-mana saja sama ada menggunakan komputer, iPhone, iPad, Android dan sebagainya.



6) STORAN-DROPBOX



Alamat:  http://www.dropbox.com

Kegunaan: Satu servis penyimpanan atau storan yang menggunakan teknologi pengkomputeran awan sebagai nadinya. Ruang storan yang disediakan adalah 2 GB. 

Kelebihan:
1) Ruang storan yang besar iaitu 2GB
2) Menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli peranti storan.
3) Pengguna Dropbox ada fail backup (dua salinan fail) iaitu satu dalam komputer anda dan satu lagi di atas awan i
4) Boleh kongsi fail dengan pengguna lain
5) Boleh akses melalui peranti mudah alih seperti BlackBerry, iPhone, Android dan iPad. Ini membolehkan anda mengakses dokumen anda bila-bila masa dan di mana-mana.


KELEBIHAN PENGKOMPUTERAN AWAN


1. Format dokumen yang sesuai (Compatible File Format)

  • Aplikasi pemprosesan kata, hamparan kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) juga boleh diperolehi melalui pengkomputeran awan. Contohnya Google Docs. 

2.  Meningkatkan prestasi dan kemampuan komputer

  • Prestasi dan kemampuan komputer akan dapat dipertingkatkan apabila penggunaan pengkomputeran ini digunakan secara maksimum.

3.  Kebolehcapaian fail yang meluas.

  • Pengkomputeran awan membolehkan sistem dicapai tidak mengira masa, lokasi dan peranti selagi pengguna mempunyai capaian Internet.   

4.  Kebolehpercayaan data penyimpanan

  •  Data penyimpanan disimpan di ruang 'awan'. 
  •  Boleh juga digunakan untuk mem'backup' data-data penting.  Satu di komputer dan satu lagi di awan.
  •  Website menggunakan secured connection https

5.  Ruang storan yang tiada had

  •  Pengguna atau syarikat boleh menyimpan sebanyak mana data/maklumat di ruang storan yang  tiada had.

6.  Mengurangkan kos

  • Bagi syarikat, kos pengurusan akan dapat dijimatkan dari segi perkongsian sumber yang boleh dibuat dikalangan staf atau pengguna - pengguna lain. 
  • Tidak perlu membeli perkakasan atau server, aplikasi dan melatih pekerja untuk menguruskan server dan aplikasi tersebut.
  • Pengguna juga tidak perlu untuk membayar pembelian atau penyelenggaraan perisian. 
  • Kos bergantung kepada berapa banyak pemakaian dan perjanjian kontrak.  
  • Dapat menjimatkan kertas, masa dan tenaga. 
  • Kos juga dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan kos penyelenggaraan perisian dan perkakasan. 

7.  Kolaberasi berkumpulan yang lebih mudah

  • Fail atau dokumen juga boleh dikongsi dengan tanpa had bilangan pengguna. 
  • Kemampuan sharing PC to PC audio dan video.

8.  Sistem pengurusan dan operasi yang lebih mudah

  •  Data maklumat peribadi atau syarikat dapat disimpan, dipantau dan diatur dengan lebih mudah.

Kelebihan pengkomputeran awan

  

KEKURANGAN SISTEM PENGKOMPUTERAN AWAN

1. Keperluan internet
  • Untuk menggunakan sistem pengkomputeran awan, selain perkakasan pengguna juga memerlukan capaian Internet. Masalah akan timbul jika tiada capaian internet atau kurang stabil.
  • Sekiranya sistem talian internet terganggu atau bermasalah, capaian data turut tergangu. Seterusnya menganggu aktiviti harian pengguna atau syarikat. 

2. Keselamatan
  • Masih tidak dapat dipastikan tahap keselamatan penggunaan pengkomputeran awan ini.
  • Walaupun mempunyai katalaluan, ia boleh dipecahmasuk oleh pengodam yang berkemahiran

3. Ketidakpastian keadaan server vendor.  
  • Oleh kerana server vendor di 'awan', masih terdapat ketidakpastian keadaan server pengkomputeran awan. 
  • Antara kemungkinan yang boleh terjadi ialah server down atau terlebih beba


APLIKASI PENGKOMPUTERAN DALAM TUGAS SEHARIAN


Sebagai pembantu makmal saya mengaplikasikan pengkomputeran awan. Di antaranya ialah:

1)Storan data tugasan pelajar
Satu akaun makmal Dropbox diwujudkan bagi membolehkan saya menyimpan data-data pelajar. Sebelum ini saya menyimpan data pelajar di peranti storan atau server. Namun kebanyakan rosak atau terkena virus

2) Kebolehcapaian data di mana sahaja
Saya juga menyimpan data peralatan makmal di Dropbox. Sekiranya maklumat mengenai peralatan makmal diperlukan, saya tidak perlu lagi pergi ke makmal untuk mendapatkan data kerana saya hanya perlu buka akaun Dropbox sahaja.

3) Kemudahan sharing 
Kebanyakan data amali memerlukan saya mencetaknya mengikut bilangan pelajar. Namun dengan Dropbox saya boleh kongsi maklumat tersebut dengan pelajar. Pelajar juga boleh menghantar data amali mereka melalui Dropbox mereka. Ia menjimatkan masa dan kos.  


KESIMPULAN

 
1.  Pengkomputeran awan atau cloud computing adalah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan). Ia merupakan teknologi yang mempunyai masa depan yang cerah. 

2.  Teknologi ini mudah digunakan, menjimatkan masa, tenaga dan kos. Pengguna hanya memerlukan internet dan komputer/tablet/smartphone sahaja. 

3. Pengkomputeran awan ini bukan hanya digunakan oleh individu malah semakin digunakan oleh syarikat. 

3. Terdapat beberapa contoh aplikasi pengkomputeran awam iaitu Pilxr , Google Apps, Windows Live SkyDive, Live Document, Ever Note dan Dropbox.

4. Secara keseluruhanya, pengkomputeran awan mempunyai banyak kebaikan berbanding dengan kekurangannya.

p/s: Jom layan video mengenai pengkomputeran awan.



SUMBER


  • http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkomputeran_awan
  • http://bukharis.net/index.php/2012/02/pengkomputeran-awan/
  • http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_04.htm
  • http://tambah.info/berita/komputer-bisnis/565-mengenal-lebih-dekat-cloud-computing
  • http://www.sby.dnet.net.id/dnews/september-2011/article-kelebihan-dan-kekurangan-cloud-computing-komputasi-awan--77.html
  • http://mykeledek.com/cloud-computing-pengkomputeran-awam/

Laporan ringkas (Log) bagi kursus Bridging Tahap 1 Sesi 2

PENDAHULUAN

Peranan UTM dalam melahirkan modal insan memerlukan staf sokongan teknikal yang cekap, terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan membantu staf akademik. Pembantu Makmal terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di makmal-makmal khususnya berkaitan pengajaran, penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, keselamatan dan pentadbiran sesebuah makmal. Universiti memerlukan mereka yang berkaliber selaras dengan matlamat untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pembantu Makmal yang sedia ada perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan buku-buku ilmiah, membuat rujukan-rujukan teknikal dari semasa ke semasa serta menghadiri pelbagai kursus, bengkel dan seminar untuk melahirkan k-pekerja. 

Pembantu Makmal yang telah memberikan hasil kerja yang cemerlang seharusnya juga diberikan peningkatan dalam kerjaya mereka. Persaingan yang sihat dalam merebut peluang peningkatan kerjaya dapat meningkatkan lagi produktiviti serta meningkatkan kecemerlangan fakulti. Sehubungan dengan itu, sewajarnya disediakan silibus kursus serta peperiksaan khas untuk tujuan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) bagi Pembantu Makmal ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.

OBJEKTIF KURSUS


Objektif kursus ini ialah untuk :
  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang Pembantu Makmal dari segi potensinya untuk menjawat jawatan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains C27
  • Untuk menguji kemahiran seseorang Pembantu Makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas-tugas harian yang dijalankan.
  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan secara lantikan (KPSL).   

TARIKH, MASA, TEMPAT DAN ANJURAN


Kursus Peralihan Pembantu Makmal atau Bridging adalah kursus persediaan bagi Pembantu Makmal sebelum memohon atau memegang jawatan Penolong Pegawai Sains. Kursus Peralihan Pembantu Makmal Tahap 1 Sesi 2 telah dijalankan pada: 

Tarikh    : 29 Januari 2013- 4 Mac 2013
Masa     : 8.30 pagi hingga 6.15 petang
Tempat  : Bilik Seminar 2, Pusat Latihan UTM
Anjuran : Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru. 

PESERTA


Kursus ini dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri dari pembantu makmal UTM. 

KANDUNGAN KURSUS


Kandungan kursus ini mengandungi 5 modul iaitu:

1) Biologi
2) Kimia
3) Fizik
4) Geologi
5) Teknologi Maklumat



Lima modul Kursus Bridging


Jadual Waktu Sesi 1 Tahap 2

1) BIOLOGI


Kod kursus         : B0002
Nama pensyarah: Dr Fazilah binti Abd Manan
                               Dr Alina binti Wagiran
Sinopsis: 

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan calon kepada pengetahuan biologi asas. Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan, fotosintesis dan respirasi, pengkhususan dan perkembangan sel, genetik perwarisan dan molekular, juga genetik populasi.

Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.


 
Nama Pensyarah : Dr Fazilah binti Abd Manan
Fakulti                : 
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)
Email                  : m-fazilah@utm.my
Telephone           : 075530068 ext 30068 / 019-7834032






 
Nama Pensyarah : Dr Alina binti Wagiran
Fakulti                :  
Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)
Email                  : alina@utm.my
Telefon               : 075534498 ext 34498 / 019-7632512


   

2) KIMIA


Kod kursus         : C0002
Nama pensyarah: Prof Dr. Abd Rahim bin Yacob
Sinopsis:

Kursus ini adalah gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia inorganik, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organik. Asas kimia inorganik dan analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom, siri spektrum, teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan, jadual berkala, ikatan kimia dan stoikiometri. Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas, gas sahih, teori kenetik gas, keadaaan cecair, keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik, ikatan, formula struktur dan keinsomeran. 
Selain itu, tajuk-tajuk Amalan Makmal Baik (GLP), Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Introduction to Material Safety Data Sheets (MSDS), Pengenalpastian Hazard, Kawalan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko (HIRARC), Prosedur Pengendalian Selamat (SOP) juga turut terkandung dalam modul kimia. 

Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.


 


Nama pensyarah : Prof. Dr Abdul Rahim Yacob
Fakulti               : Fakulti Sains (FS)
E-mail                : manrahim@kimia.fs.utm.my
Telefon              : 07-5534505 / 013-7428830





3) FIZIK


Kod kursus         : P0002
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Karim bin Deraman
Sinopsis

Kursus ini memperkenalkan konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, simbol dan unit SI. Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas, kejituan, kepekaan, kepersisian, sisihan relatif dan ralat juga diperkenalkan. Di samping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair, gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga. 


Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.



Nama pensyarah: Prof Madya Dr Karim bin Deraman
Fakulti               : Fakulti Sains (FS)
Emel                  : karimd@utm.my
Telefon              : 075534091 ext 34091/ 019-9135283






4) GEOLOGI


Kod kursus         : E0002  
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Radzuan bin Junin  
Sinopsis

Kursus ini memperkenalkan konsep batuan, mineral dan fosil, pembentukan tiga jenis batuan utama iaitu batuan igneus, batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan, pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan. Di samping itu, kursus ini juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan teknik menyediakan keratan nipis, gilapan mineral bijih dan arang batu.


Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.
 



Nama pensyarah: Prof Madya Dr Radzuan bin Junin
Fakulti               :  
Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan tenaga diperbaharui (FREE)
Emel                  : r-razuan@utm.my
Telefon              : 075535732 ext 35732/ 012-7191907





5) TEKNOLOGI MAKLUMAT


Kod kursus         : T0002  
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar  
Sinopsis :  

Kursus ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Office seperti words, excel dan powerpoint di samping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan. Melalui aplikasi Microsoft Office, penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen, menyimpan dokumen, setting halaman, pengendalian dan memformat teks dan perenggan, pengendalian grafik, merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slaid akan dibincangkan di dalam kursus ini. Selain daripada itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum, chat seperti skype dan yahoo messager, social networking seperti facebook dan twitter dan email seperti gmail dan hotmail juga akan diketengahkan melalui kursus ini. Sebagai pengguna ICT, kursus ini juga akan menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm dan trojan horse, salahlaku dan pengodaman rangkaian internet dan komputer. 

 Kaedah penilaian: Kuiz, latihan amali, ujian dan peperiksaan akhir.



 
Nama pensyarah: Prof Madya Dr Shahrizal bin Sunar
Fakulti               : Fakulti Komputeran
Emel                  : shahrizal@utm.my
Alamat web       : http: //gmm.cs.utm.my/~shah
Telefon              : 075532321 ext 32321/ 019-7588038